Labels

RunningMan SBS

"Gameshow dari Korea yang membuat aku ketawa melihat kerenah dorang ^_^ Aigoo.."

Green Lantern

Superhero Hollywood aku ^_^ kacak dan berkaler Hijau >.<

K-ON!!

Anime yang paling aku minati ^_^

BoBoiBoy

BoBoiBoy!! Aku Fans BoBoiBoy!! Ngeee~ ^_^

E-lly

You always be my side, I Love you E-lly~!! :*

Friday, June 26, 2015

New Life, New Family, New Target

It's been a long time siv tak update. Last post pon about new year 2013, now we in what year? 2015 bro! a lot happen in 2 years from that.. I'm a married man... da jadi laki orang, and one more surprise... da jadi bapak orang jugak! hahaha.. actually mungkin ini takdir hidup aku, mungkin ini jalan cerita hidup aku yang ALLAH S.W.T tulis untuk aku.. even apa yang berlaku sepanjang 2 tahun neh.. i accepted it with my open heart.. syukur pada ALLAH telah hadiahkan aku seorang isteri dan anugerahkan aku dengan seorang anak lelaki.. anak aku comey bak hang! ampa nak tgok? p tgok kat FB aku.. hahaha.. just tetiba teringat dengan blog aku.. it's my diary kan.. hahaha.. i just missed everything.. my old life.. tapi my new life neh happening because of my wife and son ^_^ bye..


This my wedding day.. 9 August 2014


And this is my son.. NUR ADAM RIZQI

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year ~ !!





Goodbye 2012 and Hello 2013

2012 telah pun meninggalkan kita hari ini dan sambutlah 2013 dengan penuh kesyukuran, bersyukurlah kita kerana masih lagi hidup sehingga tahun ini, pastinya banyak kenangan suka dan duka kita di tahun 2012, yang suka kita jadikan kenangan yang duka usah dikenang.. seperti biasa apabila masuknya tahun baru, pasti akan ada azam baru.. so, buatlah azam baru yang boleh memajukan diri masing-masing ^_^ semoga Tahun 2013 ini akan lebih bermakna buat kita semua.. kesilapan yang terjadi di 2012 kita jadikan pengajaran untuk kita di Tahun 2013 ini.. so hope semua happy happy selalu dan Selamat Tahun Baru ^_^

Wednesday, December 26, 2012

Terserempak dengan .. ?!!

24-Dec-2012 : Sorry tak sempat nak update semalam sebab nak ceritakan bout semalam.. Aku keluar gi CS (Central Square) dengan Fifi, dia ajak lepak, then aku pun gi la amek Fifi dalam kol 6.30pm macam tuh.. lepas amek Fifi gi anta dia ke Klinik untuk amek MC and then terus ke CS.. masa naik escalator ke tingkat 3, aku nampak Ex aku Amylea dengan BF dia.. you know what, saya terkejut and terus blank seketika.. ada kisah antara kitorang and itu takleh diceritakan disini ^^ .. aku pandang ja dia turun dari escalator tuh sambil berjalan sampai tak nampak bayang dia dah.. aku macam tak puas ati, so aku ajak Fifi patah balik cari dia.. tapi tak jumpa.. agak kecewa jugak la time tuh.. then aku pon balik lepak Kedai Lebai.. and tadi plak tiba-tiba dia call aku, terkejut jugak, ingatkan tak nak call aku lagi da, so aku pon OTP dengan dia.. dia cakap semalam pon dia terkejut nampak aku, and dia pon cuba cari aku balik, dia dok follow belakang aku tapi dia tak berani datang dekat sebab dia takut aku tak layan dia.. why lah dia tak datang tegur aku =.='' why la kita terserempak dengan cara macam neh? hurmmm... katanya kalau dia cuti lagi dia nak datang jumpa aku, entah bila la agaknya tuh.. apa-apa pun aku happy sebab dapat jumpa dia hanya seketika dengan situasi yang tak seberapa nak elok la kan.. hahaha.. harap-harap nanti boleh jumpa dia lagi..

Sunday, December 23, 2012

K-Popers vs Belieber







Hai! Harineh nak sembang sikit bout K-Popers and Beliebers .. which one side korang? for me of course la K-Popers!! untuk pengetahuan and saya telah menjadi K-Popers sejak saya Form 3 (2005) time tuh kat Malaysia neh mana nak layan K-Pop neh, so aku layan la sorang-sorang, sampai lah 2010 aku nak tergelak bila tengok rami yang baru nak layan K-pop neh ^^ bukan nak mengata la, tapi just happy sebab sejak tuh ramai K-Popers, and after that datang pulak si Justin Bieber neh =.='' tak di nafikan beliau memang famous di kalangan wanita dan kanak-kanak, it's okay if for them, tapi for lelaki? =.='' stop right there.. terpulang kat korang la, itu semua atas hak individu masing-masing ^^ saya tetap dengan K-Popers saya ^^ actually apa yang aku nak ceritakan kat sini is about 'Obses' .. ada yang terlalu obses dengan K-Pop, macam baru-baru arituh ada budak tak mengaku dia rakyat Malaysia and mengatakan dia tuh orang Korea? what the fish?!! come on laa, kalau nak cerita bab fanatik K-Pop ini aku orang nya.. haa, tapi janganlah sampai tak mengaku kamu tuh rakyat Malaysia.. Be proud to be Malaysian okay.. and bout si Justin Bieber neh plak, aku tak berapa berkenan dengan dia, entah la, just tak masuk dengan jiwa aku, and sometimes aku ada jugak kutuk-kutuk dia :p hehe.. ramai member aku cuba menghasut aku untuk jadi Beliebers, sorry guys.. saya telah terlanjur dengan K-Pop ^^ hahaha.. Justin Bieber kaler dia Purple ..so aku tak suka Purple ^^ tapi kan ada sorang gurl neh boleh tahan obses dengan Biebers dia.. haha.. kalau aku suka kan someone tuh tak kira lah dia Beliebers or what, ia takkan menghalang aku dari suka dia ^^ hehe.. eh, macam dah lari topik kan? hehe.. haaa, okay, straight to the point, Moral dia kat sini jangan lah terlalu obses dengan sesuatu trend tuh, yang penting ingat siapa diri kita, dari mana kita datang, apa agama kita, apa bangsa kita and ingatlah yang kita neh ada negara sendiri, takyah gatal konon lahir dari negara lain, yang mana lahir kat negara lain tu lain citer laa.. hehe..  so see you guys later okay ^^v

Friday, December 21, 2012

Redha dengan kententuan illahi . .

Apa lagi yang perempuan mahu? setiap perempuan mahukan sesuatu bila di dalam perhubungan dengan seorang lelaki, ada yang mahu kerana pasangannya kaya, ada yang mahu kerana pasangannya tampan/bergaya, ada juga yang mahu kerana nama.. kita tak boleh meletakkan tittle 'SEMUA PEREMPUAN SAMA' .. sebab kita tak tahu apa yang sebenarnya seorang perempuan itu mahu.. Takdir.. ALLAH menemukan kita dengan seseorang yang tidak serasi dengan kita kerana ingin melihat adakah si lelaki ini mampu mengubah seseorang wanita itu ke jalan yang baik, dan begitu juga bagi perempuan, mampukah seorang perempuan itu menunjukkan kesetiaan dan keikhlasan di dalam perhubungan mereka.. mungkin kita sering patah hati kerana belum menemui pasangan yang betul-betul serasi dengan kita, tapi seharusnya kita kena ingat, setiap individu di muka bumi ini dicipta berpasangan, dari situ kita boleh melihat betapa ALLAH S.W.T mengasihi hambanya.. Tapi kenapa kita sering menyalahkan takdir apabila perhubungan kita tidak berjalan lancar? Ingatlah, mungkin ini semua ujian daripada ALLAH untuk melihat adakah kita betul-betul sudah bersedia bertemu dengan Jodoh kita atau tak.. Kita seharusnya Redha dengan takdir yang telah diberikan oleh-Nya.. Mungkin selama ini patah hati boleh dijadikan pengalaman untuk kita harungi bersama Jodoh kita suatu hari nanti, Think positive, walaupun kita hanya hamba-Nya, tapi ALLAH maha pengasih dan maha penyayang..

Pilihan yang terbaik . .

Semua orang inginkan yang terbaik untuk hidup mereka, tak kira lah dalam segi pakaian, cara hidup dan macam-macam lagi.. sama juga untuk pasangan hidup kan? tak kira lah kita sayang macam mana pun dekat someone tuh, tapi kalau dia bukan yang terbaik untuk kita pun tak boleh jugakkan? Untuk awak yang berkenaan, yes you.. dunia awak masih jauh lagi perjalanannya.. kalau itu yang awak rasa terbaik untuk awak, saya akan terima.. tak kesahlah siapa pun yang terbaik untuk awak, asalkan dia mampu menjaga awak sebaik mungkin.. done..

Monday, December 17, 2012

Miss you badly ~.~


You know what, even though kita kenal each other tak lama, ermm kira lama la jugakkan, tapi even kita da berpisah macam neh kan, saya tetap tunggu awak lagi, and saya harap awak tak marah kalau saya lama tak contact awak macam dulu.. sbb that's is was so me.. saya memang akan jarang contact dengan EX saya.. tapi kat sini saya nak awak tahu yang saya rindu awak.. walaupun saya tahu awak takkan pernah baca blog saya neh ^^ hope you happy now with your life now.. saya mampu pandang awak dari jauh je skang ^^ I always miss you Miss N

Monday, December 10, 2012

Aku, Dia dan Tong Sampah





Sinopsis
Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengesahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.



Istanbul Aku Datang!





Sinopsis

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.
Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.



Peluang !

Hi semua, today wanna talk bout PELUANG or in English we call it CHANCE.. Peluang satu perkara yang kita inginkan, tak kira untuk apa jua perkara yang kita mahu, contoh, ingin mendapat peluang dalam kerja, dalam perhubungan, dan juga masa, kalaulah peluang itu boleh dibeli kat TESCO, aku nak beli banyak-banyak dan simpan dalam peti ais, nanti boleh gunakannya banyak kali ^_^kat sini aku nak cerita tentang peluang dalam perhubungan, haha.. 1st time kita menjalinkan hubungan dengan seseorang itu pastinya masa-masa yang kita lalui itu amatlah manis sehingga menjadi kenangan yang sukar untuk kita lupakan, tetapi apabila perhubungan itu terhenti atas sebab-sebab tertentu dan jika kita masih sayangkan perhubungan itu pastinya kita inginkan PELUANG ke-2 dengan motif ingin memperbetulkan perhubungan itu, sometimes kita dapat and sometimes kita takkan dapat PELUANG itu, so hargailah setiap peluang yang kita dapat, kebanyakan yang terjadi dalam dunia masa sekarang ini ialah 'Peluang ke-2 tak seindah peluang pertama' .. tak mustahil peluang ke-2 itu akan menjadi lebih indah dari peluang pertama, tapi persoalanya, mampukah untuk buat sedemikian?
so kesimpulannya adalah, hargailah setiap peluang yang dapat dan do your best for it.. akhir kata dari saya, takey carey and have a good day.. Peace yawws~ ^^v

Saturday, December 8, 2012

A w a n !


Awan.. Salah satu ciptaan ALLAH S.W.T yang memikat hati aku.. aku suka sangat-sangat tengok awan.. bila aku pandang awan, terasa sangat hati aku tenang secara tiba-tiba.. tak kira lah kat mana aku melihat awan neh, dalam kereta ke, dalam rumah ke, luar rumah ke.. sama je.. awan.. I LOVE YOU SOO MUCH AWAN!! ^_^ walaupun kau jalan pergi tanpa henti, aku akan memandang kamu.. I wanna touch you for once if can, i wanna hug you tightly if can.. you look so fluffy with the white skin you have..

Thursday, December 6, 2012

My Sassy Girl






Synopsis
Based on a series of true stories posted by Ho-sik Kim on the Internet describing his relationship with his girlfriend. These were later transformed into a best-selling book and the movie follows the book closely.
As the film opens we are introduced to Kyun-woo, a kind-hearted but at times naive college student who seems to keep getting into trouble. On his way home one night he encounters a beautiful but completely smashed young woman who causes a scene in the subway, calls him "honey", and then passes out. With the eyes of the other subway passengers upon him, he has little choice but to take responsibility for her. Thus begins his relationship with the at-times charming, at-times violent damsel who steals his heart.
Much of the film is structured around the bizarre antics of Kyun-woo's newfound girlfriend. After she passes out yet again, Kyun-woo looks at her blissful face and promises to himself that he will save her, and right whatever it is that troubles her. This proves to be much more of a challenge than he expects.


Friday, November 23, 2012

Rindu my BFF :' )

Hampir 3 bulan aku stay kat Kedah neh.. Siyesly aku rindukan BFF aku Mohd Azrine bin Musa dan Ahmad Shamrin bin Ali.. how lah kehidupan dorang kat KL tuh.. Sihat ke dorang? makan cukup tak? dorang ada masalah ke? Terus terang aku kata.. aku lebih sayangkan BFF aku dari Girlfie aku.. sebab aku kenal dorang dulu sebelum aku ada Girlfie.. bukan setakat kenal dulu, tapi kitorang dah pernah hidup dibawah satu bumbung bersama.. kenangan hidup kitorang masa stay dekat Flora Damansara aku takkan lupa, selalu je kenangan tuh lintas di ingatan aku :') macam-macam kenangan ada.. susah senang kitorang tetap bersama.. aku takut bila aku stay Kedah dorang akan ingat yang aku lupakan pasal dorang.. NO! AND NEVER AKU AKAN LUPAKAN TENTANG KORANG!! ingat lagi tak masa kita duduk sama-sama dekat Flora Damansara.. 1st Day kita pindah masuk rumah, masing-masing gembira, walaupun kita stay dengan tak cukup kelengkapan rumah, kita tetap Happy bersama, bila ada masalah, kita sama-sama pening kepala, then kalau malas pikir kita buat party kita bertiga :) Ingat tak yang perut aku melecur dek kene sup maggi kau Ayien :') Habis mengelupur aku, hik hik.. hilang 'Six Packs' aku, nanti kau jawablah dengan bakal Isteri aku kalau dia tanya bout parut neh :P Mad pulak ingat tak macam mana kita tension bila Mad nak tidur? sebab dia akan bukak lagu Skrillex kuat-kuat sampai ke pagi.. ingat tak setiap malam ada je Movie yang kita download kat mamak then balik layan Movie sama-sama.. ingat tak betapa susah hidup kita, tapi orang dekat luar menepek title 'Kita da hidup senang'.. Ingat lagi tak Kak Fara bawak kita bertiga pergi mandi air terjun? Time tu happening.. best giler mandi time tuh.. keluar makan, keluar jalan-jalan, kita keluar sama-sama..kita tak hirau langsung orang mengata kat kita.. sebab dorang tak nampak how kita survive masa dekat Flora Damansara tu.. ingat lagi tak pertemuan kita mula-mula, masa mula-mula aku kenal kau Ayien, aku tension sangat-sangat dengan kau sebab kau pakai nama 'RAIN' as nama Bboy kau, haha.. kita mula rapat masa kau datang dari perak dengan 'Chiki' (Scouter Nouvo S) kau tuh.. then baru beberapa hari bapak kau datang amek 'Chiki' .. time tuh lah kita start habiskan masa sama-sama.. kalau tak sebab kesabaran kau masa tunggu epul habis break masa kita nak g mintak kerja dekat GSC, mesti kita takkan dapat kerja tuh kan? hehe.. kita dapat kerja kat tempat yang sama.. dekat GSC la aku dengan Ayien bertemu dengan Mad.. mula-mula aku tengok si Mad neh diam je orangnya.. kita tanya sepatah, sepatah dia jawab.. makin lama kita makin rapat.. kenangan kerja sama-sama dekat GSC susah aku nak lupakan.. Kita pergi kerja sama-sama, balik kerja sama-sama, abes kerja melepak sama-sama.. masa kau demam teruk, kau call aku suruh belikan Roti Canai ngan Teh Ais.. masa aku sampai rumah Mak Ngah kau, kau dah berselimut kulit harimau dah, hehe.. aku risau gila tentang kau masa tuh.. kerja kat GSC tanpa kau masa tuh siyes sunyi gila.. bosan sangat-sangat kalau kau tak datang kerja.. Tapi bila kita bertiga ada dekat GSC tuh, riuh abes GSC tu dibuatnya.. ada je kerenah masing-masing.. Terlalu banyak kenangan aku bersama Ayien dan Mad.. dah macam adik-beradik dah kitorang..  aku rindu korang weyh!! Aku nak kita jadi BFF sampai bila-bila!! Aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dekat korang!! Aku sayang korang.. Aku harap korang baca post aku neh :' ) aku nak korang tahu yang aku rindu and sayang korang :' )

Inilah Mohd Azrine bin Musa :)

Ini pulak Ahmad Shamrin bin Ali :)

Sunday, November 18, 2012

No more CHILLAXERS !!

Haha, ingat lagi tak tentang 'Chillaxers' yang aku citerkan tuh? haha.. now it's over.. sangkaan aku salah tentang group tuh.. ingat lain dari lain.. tapi nampaknya sama je dengan geng-geng melepak yang sedia ada.. haha.. masing-masing ada latar belakang masing-masing, perangai masing-masing.. so memang dah boleh jangka benda neh takkan bertahan lama, haha, bila fikir balik, macam nonsense je.. manfaat dia bila semua lepak sekali apa semua bagai.. now bila dah berpecah jadi macam neh laa.. semua entah kemana.. now hidup dengan cara sendiri je senang.. no need fikir bout the others.. susah nak jumpa orang yang betul-betul tahu apa itu makna 'FRIENDSHIP' .. im done ^_^

Saturday, November 17, 2012

Long Time No Update ^_^

Heyyo~ Lama dah tak update blog.. ingatkan takde pembaca, but baru tahu ada pembaca laa ^_^ sebab arituh ada orang tuh dia kata dia baru lepas baca blog kita laa ^_^ thanks to Putery Qilla yg sudi membaca blog siv :P hehe.. selama aku tak update neh banyak benda yang terjadi sebenarnya.. buatkan aku sakit kepala bagai.. haaishh..  later update lagi okay.. hehe

Tuesday, August 14, 2012

Thx to Chillaxers : ' )

Aku mula kenal 'Chillaxers' masa awal Ramadhan, start pada tu kitorang kerap lepak bersama di 'Kedai Lebai' .. for the 1st time yes aku macam malu-malu sikit dengan dorang, tapi now da ok and da selesa dengan new family neh ^_^ aku happy dengan dorang semua, dorang semua bukan macam kawan-kawan melepak yang biasa, macam-macam ragam ada dalam ahli-ahli Chillaxers neh, aku kira baru lagi dalam group dorang neh, tapi dalam masa bulan Ramadhan neh banyak sangat moment suka dan duka yang kitorang lalui bersama, kitorang berbuka sama-sama, hang out sama-sama, main futsal, main badminton, best giler lepak ngan korang.. at least kita tak melepak je kan? ^_^ aku harap sangat korang semua kekalkan keakraban kita semua, aku taknak la just tubuhkan family neh for fun, aku yakin dan percaya yang kita semua boleh jadi One big family ^_^ siyes aku cakap, korang semua memang the best, teruskan Chillaxers.. apa perlu kita buat? kita just Chill man~ ^_^

Sunday, August 12, 2012

Chillax Family




'CHILLAX' .. Kombinasi ayat dari 'Chill' dan 'Relax' maka jadi lah 'Chillax' ^_^ Sebenarnya 'Chillax' neh adalah sebuah Cafe kat Sungai Petani, Kedah .. Kat situ ada Shisha, Live Show, dan Cafe, itu konsep 'Chillax' .. 1st aku dengar mmber aku dok kata "lepak ngan geng2 Chillax" .. aku ingatkan nama geng ke apa =.='' sbb time tuh aku kat KL lagi, then bila balik Sungai Petani, mmber aku bawak lah aku g lepak skali ngan geng-geng Chillax neh, at the 1st time lepak ngan dorang, mmg best gila ^_^ and now aku dah jadi ahli FAMILY 'Chillaxers' .. thx sbb bwk aku jumpa dorang .. Best sgt2 lepak ngan korang ^_^

Thursday, August 9, 2012

Fuzzy Honey

"Fuzzy Honey" .. I'm very sure korang belum pernah dengar lagi nama band neh kan? btw this my Kak Long punya Husband punya band ^_^ diorang kebanyakan memainkan lagu-lagu bergenre 'Grunge' seperti lagu-lagu Nirvana, MudHoney, The Vines, and Butterfingers ... Ahli-ahli terdiri daripada Nazri (Guitar&Vox), Janggot (Bass&Vox) dan juga Zee (Drummer) .. for now mungkin korang tak kenal lagi, but i'm very sure if dorang teruskan usaha dorang, pasti Band neh akan maju dimasa hadapan ^_^ Click sini untuk lihat Blog diorang dan perkembangan terbaru diorang :D Video kat bawah neh adalah Original Song dari diorang.. Check check check it out~


Fuzzy Honey - Selamat Tinggal



Fuzzy Honey - Hilang Kawalan


Sunday, August 5, 2012

My fault :')

Hi there, today nk share sikit, today aku rindu sgt2 kat adik Ajan, maybe dari pandangan dia aku neh abaikan dia seperti mana abang angkat dia sebelum-sebelum ni, maafkan abang if abang ada buat adik rasa seperti diabaikan, i'm a weird guy ever you was meet if you want to know, bukan abang tak sudi reply text adik atau apa-apa pun yang adik fikir, just abang bukan jenis yang suka sangat texting, if ada kredit surely abang akan text dengan adik, even sebelum-sebelum neh masa abang ada awek pon abang jarang text dorang, macam yang abang kata, if ada kredit abang akan text, ya maybe adik akan kata "aritu adik topup kenapa tak text adik?" masa tu sirius abang busy and abang terguna kredit tu untuk buat call yang penting. Tapi memang salah abang kan? and one more thing, abang tak suka orang topupkan abang, even dengan ex abang pon abang slalu marah dorang kalau dorang topupkan abang, pelikkan? hope adik dapat memahami diri abang dan cara abang, from the bottom of my heart, i love you so much and i miss you.. terpulang apa yang adik nak fikir, abang happy bila dapat tau adik da ada Boyfie, and abang seronok bila tgok adik happy dengan dia, ingat, tak mustahil cinta dari zaman sekolah tak boleh kekal ^_^ just do your best, i'm still your brother rite? ^_^ if ada problem yang nak dikongsikan, abang sedia mendengar ^_^ apa-apa pon Aja Aja Fighting~!! Saranghaeyo eonni ;)

Friday, August 3, 2012

My Lovely Adik ^_^

Assalamualaikum there ^_^ today nk sembang bout Adik Ajan ^_^ da lame tak text ngan dia, lately neh pon dia jarang online, seems that she was busy a lil bit >.< tipu ar kalo kate aku tak rindu dia =.='' yes aku rindu dia, once bila dia call aku, aku akan buat dia ketawa tak henti2, i know she lonely and need a advice from a man that name 'BROTHER' .. i don't know if i can be a good brother to her or not O_o now Adik Ajan da ade crush, what i can see now dia dah tak tweet benda2 yang merapu da ^_^ hope she will be happy for it ^_^ chaiyok2 adik!! :P apa yang terjadi, u still my Lil sis and i always love you, even though i didn't show you what u need me to show to you, sincerely... I love you just like I love my other siblings...